Friday, March 20, 2009

~~sAd nYtE~~

tolong..~~~

erm...ntahla..
tetibe sgt sdey mlm nie..sok bday abg ngn ARWAH MAK...
sgt rndu mak..2 3 hari nie asyk nk terasa ht jew..tak tau npew..
mgkn hati nie hanye engt mak..
cube nk kuatkan smgt tp cm nk luntur je sume nie..

abah???
skunk agk riso ngn kshtn abah..w'pon dpt dgr sore..tp ht riso ngn kshtn dye..
abah mkin hr..kdg2 kuat kdg nmpk skit..bler tnye sume ok..

nk tau..ape keinginan n cte2 aku nk wat ntok mak n abah??

mak..
erm da pg..tak smpt nk bls jase mak..
tp skunk cu be ntok wat yg tbek sbb tau mak sntiase ade sktdgn diide..
didie syg mak sgt2..
abah plak..ermmm..didie jnji nk bangga n bahgiakan abah n makcik..
didie nkblaja bgus2 n blikan rumah ntok abah n makcik..

makcik..
trime ksh ade ntok jge abah..didie mmg anggap makcik cm mak didie..time ksh dgr luahan ht didie slame nie..didie mmg byk ckp n mgkn ade yg bosan..tp cmtu la arwah mak lyn dd..
didie syg sume..
maafkan didie andai dd byk wat slh..tp didie cube perbtulkan ape yg dd slh..

hdp nie kdg2 tak adil rasenyew..sbb kadg2 ape yg berlaku sume jth pd dr kite..
try to strong but everyone have their feelings..me also rght??

kawan2..
erm..kwn2, didie lbh suke diamkan dr skunk kalu dd trase ht..
so maaf la sume kalu terbace nie..
didie tak mcm pwg len..kena slalu ikut rentak org..didie is didie...
so hope everyone phm..so klau tak join or papew yg korg wat kat pd..

erm..nytela..
tak tau nk pk pew lg..
mlm nie sgt sdey... (,")

LeT's ReAd...!!



WANITA IDAMAN

www.iluvislam.com
editor: arisHa27
Align Center






Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat. sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamaba Nya yang berTAQWA….

" WANITA IDAMAN "


Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .

Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .

Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "

Thursday, March 19, 2009

!n mEmOr!es... =) PoLy pD...


uS iN PD...




bLur..!!

salam sumer...
erm...arinie aku sperti biase akn menjedi seorang yg mata bosan..
rutin biase di cuti semester..
hahha..bgun...basuh baju...sidai baju...break1st??ermm...klau nk la..ahakzz..!!
pastue prepare nk msk plak..sblm msk g tepon kco kwn2..
ntahla..
aku blur..ptg nana ajk g mnum..g kejap..
mlm..??
ntahla..
da tak tau..
asyk dok on9..smp da tak tau nk on9 pew..ahhahaha..
asgmnt lom siap..waarrgghh..takde owg nk mara cmnie la jd nyew..
cube ade yg nk jge aku..mst ciap larh.. =P
aku rndu dye...tak tau npew..?tp dye cm taknk time aku lg..
hati aku lom sepenuhnye dpt buang dye..
w'pon dye mmg tak lyn aku..
cmnew ea?
tlg la..
aku syg dye..
=(
dye??bak kate kwn2 jgn engt sbb merana jd nyew..
tp aku... :'(
aku da nk abis study..aku kena study kan??
try to be good kan?
im try..
pray for me...rndu isya n ashrie..fara..sasa n sume2 la..
syg kamoo...

1001 kesan di hati kita semua.......

Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.
CINTA
www.iLuvislam.com
lailatulema
Editor: lailatulema


Damai BersamaMU,Chrisye

Assalamualaikum wbt,

Mengapa apabila disebutkan isu ‘cinta’ , ‘kekasih’ , ‘kasih dan sayang’ pasti hit menjadi tatapan sahabat semua, namun apabila timbul isu Riba’ dalam Islam, isu umat Islam dan sebagainya pasti kurang mendapat sambutan. Puas diri ini berfikir, puas diri ini menilai diri kerana kita ini sama walaupun berbeza.

Akhirnya, saya membuat kesimpulan bahawa dengan cintalah lahir kesetiaan, ketaatan dan pelengkap hidup seorang hamba. Rasulullah saw mendidik para sahabat untuk cinta kepada Yang Maha Esa dan Rasul melebihi segala-galanya, jika tidak bagaimana Saidina Ali sanggup meggantikan tempat baginda ketika beliau sedar bahawa nyawanya bakal diambil begitu sahaja. Begitu juga Saidina Abu Bakar, berhjirah bersama-sama baginda ketika peristiwa Hijrah yang penuh liku dan cubaan, bahkan beliau menahan bisanya ular sehingga menitiskan air mata untuk tidak mengejutkan baginda SAW.

‘Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.’ (At-taubah:40)

Ketika menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa.Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yang gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?) Aku akan menjawab bahawa keduanya terpotong ketika aku berjuang di jalanMu dan jalan Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Lihatlah sahabat semua, betapanya tingginya cinta mereka kepada agama dan kekasih NYA, betapa besarnya peranan CINTA dalam kehidupan seorang hamba.

CINTAnya Nabi Ibrahim as sehingga sanggup meninggalkan Siti Hajar dan puteranya Ismail di lembah yang tiada berpenghuni kerana mematuhi arahan sang Pemilik segala CINTA. Setelah bertemu semula dengan puteranya, Nabi Ibrahim diarahkan pula oleh Allah swt untuk mengorbankan putera kesayangannya dan berlakulah peristiwa yang membuatkan hati bergetar melihatkan betapa agungnya CINTA seorang kekasih sehingga sanggup berkorban apa sahaja, seperti kata P.Ramlee ‘Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa…’

CINTAnya seorang anak sehingga sanggup meninggalkan cita-cita yang menggunung tinggi untuk membantu si ibu dan ayah menyara keluarga, agar adik-adik boleh dihantar ke sekolah untuk meneruskan cita-cita mereka. Tidak boleh dibayangkan oleh akal bagaimana seorang ibu mampu mendidik berbelas-belas orang anak dengan penuh kasih sayang, penuh kesabaran melayan kerenah anak-anak yang tidak pernah habis ditambah dengan sikap anak-anak yang tidak jemu meminta itu dan ini.

CINTA juga membuatkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad saw bertahajjud setiap malam, merintih pada yang satu sehingga bengkak-bengkak kaki baginda, semata-mata untuk menyahut seruan kekasih pemilik CINTA yang Maha Agung.

‘Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.’ (Al-Isra’:79)

Betapa besarnya kuasa CINTA dalam kehidupan ini membuatkan diri berfikir dan yakin bahawa CINTA lah yang menggerakkan seluruh alam semesta. Seluruh semesta tunduk merendah diri pada Yang Maha Sempurna, bertasbih tanpa henti menurut perlakuan tabiat yang telah ditetapkan oleh NYA begitu juga dengan manusia, sekiranya lahir rasa CINTA tanpa ada had kepada NYA pasti akan berterus-terusan memuji kebesaran Ilahi kerana seorang kekasih tidak akan pernah lupa kepada kekasihnya bukan? Ingin sentiasa bersama-sama dengan kekasihnya dan tidak sanggup ditinggalkan keseorangan walaupun sesaat juga.

Marilah sahabat semua kita refleksi diri kita, setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menginginkan untuk bertemu janji (date) lima kali sehari tanpa rasa bosan ,jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, yang sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA?

‘Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ‘ (At-Taubah:24

~~tErasA hat!~~ + ~~rIso~~

erm..semlm kau tau la..
npew kua cm tak leh trime ngn sis..
sdey gler r gak..aku nie cm orang gaji pown ade..tension gler...
ade la hamba Allah tue..
tp aku sbr..aku juz leh ngs jew..aku nie mmg kuat ngs..
so no wonder la mudah terase hati
kalu bleh mmg nk blik pd cpt jew..ermm..
arnie 'abah' operate mate... erm..everyhtngs ok..abah da kol pown..
lega jgk tp dye kabur lg..
didie syg abah..
slaps mak pg..ape sje aku kongsi ngn abah..
nothing importnt slaen abah n mak..

skunk nie pown sllau rndukan mak..
erm..ntahla..
mak n abah adlh sgale2 nyew..

=(

Monday, March 16, 2009


malam nie...aku da post kan 1 artikel yg aku dpt dr iluvislam..

so harap sape2 yg bace amik la ikhtibar...

mlm nie aku agk bosan..ngntok pown ade..

nthala..

=(



anyone nk share n komen gtau la..

aku bz ngn study skunk..

doakn aku berjaya..


plihan hati??

ermm..blum mase nyew kowt..

ape la nk kat sy..

so..kawan ngn sume lbh bek kan??


sok nk g teman fara wat ic..so nk tdo awl..

hahha..


daaa,,,, (^_^)




Saya Sayang Awak
www.iluvislam.com
Pemuja Rahsia (Ina Subir)Editor : arisHa27

Awak ingat tak tarikh 29 Mac? Awak mesti tak ingat, kan? Tapi awak tau tak yang tarikh tu tarikh yang saya takkan lupakan sepanjang hidup saya? Awak tau kenapa? Sebab pada 29 Mac itulah kita disatukan sebagai suami isteri. Sampai saat ni saya tak percaya. Saya rasa nak ketawa. Kelakar rasanya. Macam mana kita boleh jadi suami isteri sedangkan awak tak pernah rapat dengan saya? Awak tau tak, hari kita bernikah tu, saya tertanya-tanya kenapa awak bernikah dengan saya? Kenapa awak pilih saya? Tapi awak tetap terima nikah dan lafazkan nama saya dalam satu nafas. Wajah awak nampak tenang bila bersalaman dengan Papa saya. Awak senyum pada Ibu awak yang berada di sisi saya. Perlahan-lahan awak hampiri saya. Abang awak buka bekas cincin dan awak sarungkan cincin itu di jari manis kiri saya. Kemudian bibir awak menyentuh dahi saya. Saya tak berani nak pandang awak. Mata awak tajam. Saya cuma senyum. Semua itu lakonan semata-mata, kan? Bergetar tangan saya waktu cium tangan awak. Awak percaya tak itu kali pertama saya bersalam dengan seorang lelaki? Dan lelaki itu adalah awak, suami saya.Ibu awak peluk saya. Kemudian saya nampak Mama. Saya rasa sedih sangat. Hari tu saya dah jadi milik awak sepenuhnya. Selepas majlis bernikah, awak balik ke rumah awak. Majlis perkahwinan kita diadakan pada keesokan harinya. Mama bertekad nak buat besar-besaran walaupun saya menolak. Bagi saya, majlis persandingan tak perlu. Cukup sekadar adakan kenduri tapi Mama tak setuju. Awak tau tak saya langsung tak pernah ambil tahu tentang majlis perkahwinan saya? Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin saya kerana saya sebenarnya tak percaya yang saya akan berkahwin dengan awak. Macam mana saya nak cakap, ya? Awak tau tak saya admire awak selama ni? Mesti awak terfikir sejak bila saya kenal awak, kan? Awak tak ingat ke? Dulu kita belajar di universiti yang sama sewaktu diploma. Awak pelajar diploma kejuruteraan awam UTMKL, seksyen 3, kan? Saya tau banyak perkara tentang awak. Saya tahu warna kesukaan awak, hobi awak, makanan kegemaran awak … Girlfriend awak pun saya kenal. Semua tu saya kawan saya, Izzah yang beritahu. Izzah girlfriend awak, kan? Atau sepatutnya saya kata salah seorang yang pernah jadi girlfriend awak? Saya tau awak ada banyak girlfriend. Maklumlah, awak seorang lelaki yang ada banyak kelebihan. Kalau awak senyum je mesti ada yang akan jatuh cinta. Macam saya. Saya temankan Izzah bertemu dengan awak buat pertama kali awak berdua berjumpa. Kelakar rasanya bila saya pun jatuh cinta dengan awak. Tapi Izzah tak pernah tau perasaan saya terhadap awak. Awak tau tak betapa terseksanya saya setiap kali Izzah ceritakan tentang awak? Izzah ceritakan yang awak hadiahkan dia rantai, bantal bentuk hati … Apa lagi ya? Banyak sangat yang awak beri pada Izzah. Saya cemburu sangat tiap kali Izzah bergayut dengan awak dalam phone. Saya terfikir kalaulah saya dapat miliki awak, adakah awak akan layan saya macam awak layan Izzah? Saya jadi saksi percintaan awak dengan Izzah. Izzah selalu suruh saya temankan bila awak nak jumpa dengan dia. Entahlah awak, Saya jatuh cinta sangat dengan awak sampai saya sanggup khianati kawan saya. Izzah tak tau saya ambil nombor handphone awak. Saya beli SIM card baru dan mula kacau awak. Saya tak sangka awak akan layan saya. Izzah tak pernah tau saya kacau awak and awak pun tak pernah beritahu Izzah. Cuma pernah sekali Izzah mengadu kat saya yang awak dah semakin jauh dari dia. Saya terfikir, sayakah penyebabnya? Tapi awak jarang balas mesej saya. Cuma sesekali awak akan balas mesej saya, bertanyakan siapa saya. Saya tak pernah bagitau dan awak tak pernah tau, walaupun kita dah berkahwin. Saya mesej awak, saya berterus terang yang saya sukakan awak. Entah apa perasaan awak masa tu, kan? Awak ingat tak rak 108 kat Perpustakaan Sultanah Zanariah? Rak itulah yang jadi tempat kita bertukar banyak benda. Masa birthday awak, saya hadiahkan awak T-shirt warna hitam. Saya rasa happy sangat bila saya nampak pakai baju tu. Awak nampak menyerlah bila pakai baju warna hitam. Tiba satu masa, kita jadi rapat walaupun masa tu awak masih dengan Izzah. Kita berbual tentang banyak perkara termasuklah study. Kalau saya ada hint untuk final exam, rak 108 tu lah yang awak akan cari. Saya rasa tak percaya bila awak bagi hadiah untuk saya masa birthday saya. Saya ingatkan awak tak ingat. Awak bagi saya tudung warna putih. Cantik tudung tu. Tapi saya tak pernah pakai waktu di kampus. Ye la, kalau saya pakai, mesti awak kenal saya, kan? Tapi tudung tu la yang saya paling sayang sebabnya awak yang bagi. Hehehe. Bukan sekali dua awak tanya siapa saya. Nama saya pun awak tak tau. Awak pernah gurau dengan saya. Awak kata kalau saya tak bagitau nama saya, awak akan panggil saya sayang. Saya ketawa besar walaupun dalam hati saya mula risau. Izzah selalu mengadu dengan saya yang awak mula tak hiraukan dia. Setiap kali awak telefon, saya akan keluar dari blok hostel saya sebab saya tak nak ada orang tau yang saya sedang berbual dengan awak. Terutamanya Izzah. Awak rasa saya ni jenis yang kawan makan kawan ke? Saya bukan nak memiliki awak. Saya cuma nak jadi sebahagian daripada hidup awak. Tak sangka akhirnya saya memang menjadi sebahagian daripada hidup awak, kan? Menjadi isteri awak bukanlah sesuatu yang saya pernah fikirkan. Awak akan jatuh hati pada saya juga tak pernah saya fikirkan. Saya menangis waktu awak luahkan perasaan awak. Bukan saya tak sukakan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya tapi saya sedih saya tak dapat jadi milik awak sebab yang awak cintakan sebenarnya bukanlah diri saya, Ariana tetapi Rie. Rie cumalah bayang-bayang. Walaupun semua perkara yang saya ceritakan pada awak adalah mengenai saya, Ariana tapi bagi awak, saya Rie. Awak kenal Ariana tapi awak tak ada perasaan pada dia. Awak sebenarnya tak ada perasaan pada saya. Saya juga sedih sebab saya khianati kawan baik saya sendiri. Kenapa awak sukakan Rie dan sanggup tolak Izzah? Selepas saya menangis, Izzah datang bertemu saya dalam air mata. Awak tinggalkan Izzah! Kerana saya! Saya tak tau siapa yang kejam. Sayakah yang membuatkan Izzah menangis dan membuatkan awak terluka? Atau awak yang membuatkan Izzah menangis dan menderita sendiri akhirnya? Maafkan saya, awak … Bukan niat saya nak mempermainkan cinta awak. Percayalah, saya cintakan awak tapi orang yang awak cintai bukanlah saya. Saya tau awak akan tolak saya jika awak mengenali saya. Saya tak macam awak yang punya segalanya. Saya tak secantik Izzah, tak sebaik Izzah. Awak pun tau saya macam mana, kan? Pertama kali Mama dan Papa beritahu yang keluarga awak datang meminang saya, perkara pertama yang saya fikir ialah adakah awak dah tau yang saya Rie ke? Kenapa awak memilih saya? Kenapa tak orang lain yang sepadan dengan awak? Awak tak takut orang lain mengata awak kerana memilih perempuan yang tidak sepadan dengan awak? Saya rasa rendah diri sangat bila kita berdua duduk bersanding di atas pelamin. Saya dapat dengar orang memperkatakan dengan kita. Macam Prince Charming and the Witch. Hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah, hari paling bahagia dalam hidup saya jadi hari yang paling mendukacitakan. Saya terasa kerdil sangat di samping awak. Tapi awak cuma senyum. Itulah yang melapangkan dada saya, yang membuatkan semua kemarahan saya hilang. Semasa awak senyum pada saya, saya terfikir. Kita sudah lama tidak bertemu sejak kita mengikut haluan masing-masing. Awak melanjutkan pelajaran ke Jepun sedangkan saya hanya mampu menyambung pelajaran di UTM Skudai dalam bidang ukur bahan. Saya tak tahu macam mana awak boleh berjumpa dengan saya. Saya tak tau macam mana awak boleh meminang saya. Kita tak pernah berjumpa sejak hari konvokesyen, kan? Sewaktu kita hampir disatukan pun kita tak pernah bertemu, kan? Kenapa awak pilih saya? Takkanlah orang seperti awak tak ada pilihan sendiri? Bila kita berkahwin, salah satu perkara yang saya paling gerunkan adalah malam pertama. Saya mula terfikir yang bukan-bukan tentang malam pertama. Tapi saya tak sangka saya tak pernah dapat mengecapi malam pertama yang diidamkan pasangan lain. Awak tak sentuh saya langsung. Bercakap dengan saya pun tidak. Awak dingin. Saya cuba pujuk hati saya sendiri. Bagi saya, mungkin awak segan. Saya pun segan dengan awak. Ye la, awak ex-boyfriend kawan saya dan saya kawan ex-girlfriend awak. Oh ya, bercakap tentang Izzah, dia ada datang waktu majlis perkahwinan kita. Awak perasan tak? Ke awak dah lupakan Izzah? Awak tak tau betapa risaunya saya waktu saya call dia. Dia tanya, siapa bakal pasangan hidup saya yang bertuah tu? Lidah saya kelu. Tapi saya berterus terang. Saya katakan pada saya yang saya tak pernah berjumpa dengan awak sama sekali dan saya tak ada idea apa yang menyebabkan awak meminang saya. Syukurlah Izzah memahami. Katanya, apa yang sudah berlalu biarkan berlalu dan kebahagiaan saya adalah kebahagiaan baginya. Tapi kenapa awak tak macam tu? Kebahagiaan saya awak tak pernah fikir pun. Awak berikan saya segalanya. Tapi awak tak pernah berikan saya kasih sayang. Seminggu selepas kita berkahwin, awak luahkan hasrat awak untuk berpindah. Awak kata, awak dah beli rumah. Saya terkejut. Awak tak pernah beritahu saya pun. Mama tak bersetuju sebab Mama tak nak berjauhan dari saya tapi saya katakan pada Mama yang tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Jika awak nak berpindah ke mana sekali pun, saya akan ikut bersama awak sebab tempat saya adalah di sisi awak. Kemesraan kita di hadapan Mama dan Papa cumalah lakonan. Di belakang mereka, kita umpama batu yang tak berperasaan. Awak jangan cuba kata yang saya tak pernah cuba untuk bermesra dengan awak! Saya dah cuba yang terbaik. Setiap kali kita berdua dalam bilik, saya akan cuba berbual dengan awak. Saya bertanya tentang semua perkara tentang awak tapi awak bercakap seakan terpaksa. Kecil hati saya. Tapi saya tak pernah berhenti mencuba. Selepas kita berkahwin, awak tak izinkan saya bekerja. Saya akur. Saya tinggal di rumah itu, sendirian. Saya rasakan diri saya tak ubah seperti robot. Saya akan bangun awal pagi sebelum awak bangun untuk masak sarapan. Sebelum azan subuh, saya akan kejutkan awak untuk solat. Kita akan bersolat berjemaah. Kita bersarapan bersama dan saya akan temani awak sehingga ke pintu untuk bersalam dengan awak sebelum awak pergi kerja. Setiap pagi saya tak pernah lupa untuk minta maaf jika saya ada silap. Entahlah, saya dah terbiasa untuk meminta maaf. Tapi tu semua berlaku dalam seminggu saja. Satu pagi, bila saya bangun, awak tak ada di sisi saya. Dada saya berdebar kencang. Saya ketuk pintu bilik air tapi awak tak ada. Saya ke ruang tamu tapi awak tak ada. Dalam perasaan risau saya lihat semua barang-barang penting awak masih ada. Saya buka pintu bilik kedua. Awak sedang tidur dengan lena. Air mata saya tumpah. Kenapa awak buat macam ni? Hati saya betul-betul terluka tapi saya tak pernah luahkan. Pagi tu saya siapkan sarapan dalam air mata. Saya terfikir apa salah saya sebenarnya sampai awak buat saya macam batu. Saya tetap kejutkan awak macam biasa. Awak nampak terkejut tapi saya gagahkan diri saya untuk senyum. Dengan suara yang lembut saya suruh awak bangun dan mengimamkan solat subuh. Pagi itu berbeza sekali rasanya. Di minda saya cuma terfikir satu perkara. Awak sebenarnya tak ikhlas memperisterikan saya. Tapi saya tak tau kenapa. Kenapa perlu awak ikat diri awak dalam perkahwinan ini dan seksa saya sebegini. Saya tetap maniskan muka walaupun saat tu perasaan saya dah mati. Saya tetap salam dan cium tangan awak dan tak lupa ucapkan maaf. Awak nampak serba salah tapi saya tetap cuba untuk tak kelihatan terluka. ‘Smlm pns, sbb 2 sy tdur kt blik lain.’ Saya tersenyum pahit waktu baca mesej dari awak. Kenapa awak berpura-pura dengan saya? Panas? Dengan aircond yang terpasang pada 16 darjah? Saya rasa marah sangat tapi saya biarkan perasaan tu berlalu. Entahlah awak, Saya sendiri terfikir kenapa saya selalu abaikan perasaan saya. Malam-malam seterusnya berlalu dengan awak mengasingkan diri di bilik kedua. Saya tak pernah bertanya. Saya diamkan diri tapi saya tak pernah lupakan tanggungjawab saya. Alhamdulillah, awak pun tak pernah abaikan kewajipan awak untuk berikan nafkah zahir pada saya. Bila saya fikirkan balik, kita tak pernah keluar berdua kecuali sewaktu ke rumah saya atau ke rumah awak. Setiap kali keluar membeli barang dapur atau keperluan kita, saya akan pergi sendiri. Saya tidak kisah kerana saya boleh berdikari sendiri tapi saya terfikir. Apa status saya di mata awak? Saya isteri awak atau cuma orang gaji awak? Saya jaga dan uruskan keperluan awak sendirian. Kadang-kadang saya terserempak dengan kawan-kawan saya sewaktu saya shopping sendirian. Semua bertanya di mana awak. Lidah saya kelu untuk berkata. Alasan saya cumalah satu. Awak sedang bekerja atau awak outstation. Sedangkan saya tak tahu awak di mana! Pernah sekali awak hantar mesej pada saya. Kita berhubung dengan mesej. Awak tak pernah call saya dan setiap kali saya call, awak tak pernah jawap. Alasan awak, awak sedang bermesyuarat. Tapi takkanlah awak ada mesyuarat setiap hari, kan? Hari demi hari saya jadi lali dan give up untuk call awak. Awak kata ada dinner syarikat di Dewan Perdana Felda dan semua pekerja terpaksa bawa pasangan masing-masing. Saya terasa kecil hati. ‘Terpaksa’ bawa pasangan masing-masing. Awak terpaksa ajak saya rupanya. Saya sediakan pakaian awak untuk dinner malam itu. Saya sengaja pilih baju batik yang sepadan dengan baju saya. Untuk dinner malam tu, saya keluar ke butik untuk make up wajah saya. Saya nak nampak sepadan dengan awak. Tapi malam tu tak seindah yang saya harapkan. Saya tak nafikan semua orang memuji saya tapi awak sedikit pun tak pandang saya. Usahkan pujian, bercakap dengan saya pun tidak. Di depan kawan-kawan awak, awak peluk pinggang saya, awak pegang tangan saya. Hati saya benci sangat awak buat macam tu. Tapi saya halal untuk awak. Saya terpaksa relakan awak buat begitu. Bila majlis berakhir, awak minta saya tunggu di kereta. Saya cuma menurut tetapi kemudian saya terasa ingin pergi ke tandas. Sewaktu dalam perjalanan tu, mata saya sendiri saksikan awak sedang bersama seorang perempuan. Hancur luluh hati saya, awak! Saya pujuk hati saya. Saya katakan pada diri saya yang dia hanyalah rakan sekerja awak tapi awak dan dia terlalu mesra! Awak genggam tangan dia, awak belai pipi dia. Mustahil awak hanya berkawan dengan dia, kan? Niat saya untuk ke tandas terus mati. Saya kembali ke kereta, melayan duka sehingga awak datang. Awak tak cakap sepatah pun. Saya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang sedangkan awak bersiul bahagia. Tiba di rumah saya terus membersihkan diri. Saya bermunajat kepadaNya malam itu. Saya cuba hilangkan pedih di hati saya dengan berdoa pada ALLAH. Awak ingat tak pernah sekali Ibu awak datang tinggal di rumah kita selama tiga hari? Itulah saat yang paling bahagia saya rasakan. Sebab awak akan layan saya dengan baik walaupun itu semua lakonan. Sekurang-kurangnya dengan adanya Ibu, saya bukan batu yang awak boleh abaikan sesuka hati awak. Setiap pagi saya akan bangun dan sediakan sarapan. Kemudian saya akan berjalan-jalan dengan Ibu. Saya tak sendirian! Awak pulang awal ke rumah semasa Ibu tinggal di rumah kita. Saya bahagia, awak … Sebab kalau Ibu tak ada, awak mesti balik lewat. Saya tetap tunggu awak walaupun ada kalanya saya menunggu sehingga tertidur.Bila awak balik, awak akan kejutkan saya supaya tidur di bilik. Tapi perkara pertama yang saya akan tanya adakah awak dah makan. Saya siapkan makan malam setiap hari walaupun terpaksa tunggu awak balik. Awak akan kata yang awak dah makan tapi awak akan tetap makan masakan saya. Saya tahu awak terpaksa tapi saya tetap hargai awak. Saya kagum dengan awak sebab awak berterus terang dengan saya. Satu hari, waktu saya tengah mengemas, wallet awak jatuh. Saya nampak ada gambar perempuan dalam wallet awak. Dialah perempuan yang bersama awak malam itu. Awak cepat-cepat tutup dan simpan wallet awak. Tapi saya cuba senyum dan tanya pada awak siapa perempuan itu dengan lemah lembut walaupun hati saya dah remuk saat tu. Awak kata dia girlfriend awak. Awak dah bercinta dengan dia sejak di Jepun lagi. Saya cuma senyum. Hati saya menangis. Saya memang tak sepadan dengan awak. Entah apa awak fikir tentang saya. Mungkin awak fakir saya pun tak serius dengan perkahwinan kita. Awak silap. Perkahwinan kita ni satu rahmat dan kebahagiaan buat diri saya. Saya tak pernah merasa sebahagia ini sebelum ini. Tapi saya juga tak pernah rasa sederita ini sebelum ini. Awak berikan saya cahaya kebahagiaan tapi dalam masa yang sama suasana terlalu gelap sehingga menyeksa saya untuk mengejar cahaya kebahagiaan itu. Satu malam, kita duduk berdua di meja makan. Kita berbincang. Awak tanyakan pada saya sama ada mahu teruskan perkahwinan ini atau tidak. Sakit hati saya dengar kata-kata awak. Awak seakan-akan mahu memutuskan ikatan halal antara kita. Saya menangis di depan awak. Sumpah, saya tak pernah mahu memutuskan ikatan perkahwinan ini walau macam mana pun awak layan saya. Sebab saya sayangkan awak. Awak bingung. Saya katakan pada awak yang saya tidak kisah jika awak hendak menikahi teman wanita awak tetapi jangan putuskan ikatan perkahwinan kita. Entahlah, bagi saya perkahwinan dengan awak adalah segala-galanya. Awak akur. Tapi jujur saya katakan yang saya menipu kalau saya tak ada perasaan setiap kali lihat awak tersenyum bahagia bila berbual dengan girlfriend awak. Setiap kali saya melalui bilik kedua, mesti saya dengar awak ketawa. Saya selalu terbayang betapa bahagianya saya kalau awak sedang ketawa dengan saya? Sejak saya beritahu saya tak kisah tentang hubungan awak dengan dia, kita jadi rapat. Sekurang-kurangnya awak tak lagi diamkan diri macam dulu. Sejak hari tu awak mesti senyum dengan saya dan tegur saya. Awak puji saya. Walaupun saya tak tau awak ikhlas atau tak, saya tetap gembira. Awak tak segan silu ceritakan pada saya tentang girlfriend awak. Awak minta nasihat saya. Awak kata saya sahabat awak. Pilu hati saya, awak. Tapi tak apalah, saya sanggup hadapi semua ini asalkan awak ada dengan saya. Setiap kali awak ada masalah dengan girlfriend awak, awak akan ceritakan pada saya. Walaupun hati saya pedih, saya tetap bahagia. Satu malam, awak pulang lewat. Mata awak sembap macam baru lepas menangis. Awak terus masuk bilik, langsung tak bertegur dengan saya yang ada depan mata awak. Saya risau tengok awak sedih. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak tak buka pintu. Tanpa keizinan awak, saya masuk bilik awak. Awak duduk menangis di birai katil. Saya duduk sebelah awak, pegang tangan awak. Awak genggam tangan saya kuat-kuat. Esakan awak makin kuat. Saya tak cakap sepatah perkataan pun. Saya biarkan awak menangis sebab bagi saya awak cuma perlu luahkan segalanya. Mungkin bukan pada saya tetapi pada diri awak sendiri. Lama awak menangis sampai air mata saya pun hampir mengalir. Saya sedih tengok awak menangis. Saya tak nak sesiapa pun lukakan perasaan awak. Saya biarkan awak peluk saya. Basah bahu saya dengan air mata awak. Jantung saya berdegup kuat bila awak peluk. Inilah kali pertama awak peluk saya dengan keikhlasan walaupun mungkin awak tak sedar awak sedang memeluk saya. Awak baring di riba saya. Basah seluar tidur saya dengan air mata awak tapi saya tetap biarkan. Saya beranikan diri untuk belai rambut awak. Akhirnya awak tertidur di riba saya. Saya tak sampai hati untuk kejutkan awak. Waktu awak tidur itulah saya renung awak puas-puas. Jahat ke saya kalau saya rasa bahagia bila awak sedang sedih? Saya bahagia awak terima saya di saat awak memerlukan seseorang. Saya terbangun bila saya terdengar suara awak. Saya terkejut sebab awak tak tidur di riba saya tetapi di sisi saya. Awak peluk pinggang saya. Dada saya berdebar. Dahi awak berpeluh. Baju awak basah sebab peluh. Saya sentuh dahi awak. Panas. Awak demam! Cepat-cepat saya ambil tuala kecil dan ais. Saya lap peluh awak dan tekap dahi awak dengan ais. Awak pegang tangan saya waktu saya lap dahi awak. Saya ingatkan awak sedar tapi rupanya awak sedang mengigau. Awak sebutkan nama Diya. Mengalir air mata saya, awak. Walaupun saya tahu awak tak sedar, tapi saya tak dapat kawal hati saya daripada terluka. Kenapa dia yang awak rindui? Kenapa nama dia yang awak sebut? Keesokan harinya apabila saya membuka mata, saya sedang berbaring di katil awak. Awak tak ada. Saya terus cari awak tapi awak tak ada. Di meja di bilik saya, awak sisipkan sekeping nota. ‘Terima kasih sebab jaga saya malam tadi. Malam ni saya balik lewat. Jangan tunggu saya.’ Saya tertanya … Bila awak tulis nota tu, ada tak awak fikirkan tentang perasaan saya? Saya koyak nota awak dan campakkan ke tong sampah. Saya benci awak layan saya macam ni! Saya hantar mesej pada awak untuk beritahu yang saya akan tinggal di rumah Mama selama beberapa hari. Sebelum saya pergi, saya siapkan keperluan awak untuk seminggu. Tapi sebenarnya saya tak pergi ke rumah Mama. Saya bercuti sendirian di Cameron Highlands. Percutian saya bukanlah untuk bergembira. Saya banyak berfikir di sana. Saya mula fikirkan pertanyaan awak dulu untuk berpisah. Saya mula menyesali keputusan saya untuk meneruskan ikatan kita. Sebab saya menderita! Tapi saya tak salahkan awak. Saya sendiri yang lukakan perasaan saya, kan? Setiap hari saya menangis. Di sana, saya berjalan-jalan sendirian sedangkan setiap orang di sana berteman. Mereka nampak bahagia, awak! Tapi kenapa kita tak bahagia? Sebab hati awak bukanlah untuk saya. Semasa di Cameron Highlands, saya matikan handphone saya. Walaupun hati saya meronta untuk mengaktifkan handphone tapi saya kuatkan hati saya. Setiap hari saya tertanya, awak pernah ke cari saya? Selepas seminggu, barulah saya pulang. Saya kuncikan pintu bilik dan tak tunggu awak balik. Hati saya meronta nak lihat wajah orang yang paling saya rindui tapi saya takut saya menangis. Saya tak nak menangis di depan awak. Saya tak nak awak fikir saya nak dapatkan perhatian awak. Saya tetap tunggu awak sebenarnya. Pukul 10 malam barulah awak pulang. Awak berhenti di sisi kereta saya dan pandang ke arah bilik saya. Saya sembunyikan diri. Kemudian awak masuk ke dalam rumah. Saya berdoa awak akan ketuk pintu bilik saya tapi yang saya dengar cumalah awak menutup pintu bilik awak. Air mata saya mengalir. Awak mesti tak rasa apa-apa bila saya tak ada, kan? Pagi itu saya mulakan kembali rutin harian saya. Selesai memasak sarapan pagi, saya ketuk pintu bilik awak. Tapi awak tak ada. Bilik awak kemas macam awak tak balik semalam. Di atas meja ada nota untuk saya. ‘Saya outstation tiga hari di JB. Nanti saya belikan something utk awak. Jaga diri baik-baik.’ Entahlah apa yang saya rasa waktu tu. Saya dah lupa. Saya cuma tutup pintu bilik awak dan saya berkemas. Saya pergi ke rumah Mama. Saya tak beritahu awak pun. Mama tak pernah beritahu yang awak cari saya semasa seminggu saya di Cameron. Awak tak pernah cari saya rupanya. Awak tak pernah hiraukan tentang diri saya. Selepas tiga hari, awak jemput saya di rumah Mama. Saya tak tau macam mana awak boleh cari saya di rumah Mama. Awak nampak penat. Saya terus siapkan makanan untuk awak. Awak nampak berselera benar. Awak kata pada Mama yang awak rindukan masakan saya setelah berjauhan selama beberapa hari dengan saya. Awak tipu, kan? Awak kata awak penat jadi awak nak tidur di rumah Mama. Saya tak suka! Depan Mama saya pujuk awak untuk balik tapi awak menolak. Saya tak nak duduk di bilik yang sama dengan awak. Saya rimas awak ada dekat dengan saya. Saya bencikan awak! Bila awak minta izin untuk masuk ke bilik, saya sediakan semuanya untuk awak. Kemudian saya keluar dari bilik untuk menonton TV. Semua tu alasan semata-mata. Awak datang jumpa saya. Mama senyum lihat awak datang sedangkan perasaan saya membara dalam hati. Saya berpura-pura mesra di hadapan Mama. Sejam kemudian awak ajak saya tidur. Terbeliak mata saya dengar awak bahasakan diri awak Abang. Saya menolak dengan mengatakan saya mahu menonton TV tapi Mama mencubit lengan saya. Dengan perasaan terpaksa, saya ikut awak masuk ke dalam bilik. Dalam bilik, saya mendiamkan diri. Saya duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan awak datang hampiri saya. "Boleh kita bercakap?" Awak meminta izin. Saya membatukan diri tetapi kemudian saya menganggukkan kepala. "Awak pergi mana minggu lepas?" Tenang awak bertanya. "Rumah ni la." Jawab saya pendek. Saya tahu menipu hukumnya berdosa tapi salahkah saya kerana tak mahu melukai perasaan saya sendiri? Saya berhak untuk gembira dan bahagia. "Saya tahu awak menipu." Saya mendiamkan diri. Dalam hati saya bertanya. Kalau awak dah tau saya menipu, kenapa awak perlu tanya? Kenapa tak berterus terang? "Jangan buat macam tu lagi. Saya risau bila Mama cakap awak tak ada datang pun. Saya terpaksa tipu Mama katakan yang awak ada sedangkan saya cari awak setengah mati. Dah lah awak off handphone." Awak luahkan perasaan marah awak. Saya terfikir, Cuma sebab itu pun awak nak marah? Macam mana dengan saya yang terpaksa memendam rasa selama hampir setahun kita berkahwin? Sekali pun saya tak pernah ungkit! Tapi saya tak nak panjangkan cerita. Awak tak kenal saya. Saya sebenarnya keras kepala tapi demi awak saya sanggup berubah. Saya rasa awak tahu saya sedang marah. Sejak hari tu, awak selalu pulang awal dan cuba untuk bercakap dengan saya. Tapi biasanya saya mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah untuk semua soalan awak. Saya cuba penuhi tanggungjawab awak. Saya tak lupa untuk kejutkan awak, sediakan sarapan awak, siapkan pakaian untuk awak bekerja. Tapi saya cuba untuk mengelak daripada berdua dengan awak. Perasaan saya sentiasa terganggu bila awak ada dengan saya. Awak pernah tanya kenapa tak makan bersama. Saya cuma katakan yang saya kenyang atau tidak berselera. Bersama awak, saya seakan patung tak bernyawa, mati. Satu hari, awak hantar mesej. Awak nak ajak makan di luar. Saya menolak. Bagi saya, lebih baik saya makan sendirian daripada makan bersama awak. Saya katakan saya tak ada mood untuk keluar. Tapi awak memaksa. Malam tu istimewa rupanya. Awak hadiahkan saya mawar dan seutas gelang tangan. Awak mohon maaf untuk semua kesilapan awak. Saya rasa tak percaya. Kenapa tiba-tiba awak berubah? Apa yang menyebabkan awak berubah? Tapi saya gembira, awak !Malam itu kita pulang lewat kerana awak berkeras mahu menikmati suasana malam di KLCC. Itulah kali pertama kita berbual dan ketawa bersama. Terima kasih, awak!! Kerana sudi membahagiakan saya saat itu. Hari yang mendatang membahagiakan saya. Saya kembali ke rutin dahulu. Awak kerap pulang awal ke rumah dan kita menghabiskan masa berdua. Walaupun kita masih tidur berasingan seperti dulu, sekurang-kurangnya saya tak rasakan rumah itu tidak mengurung jiwa saya lagi. Setiap hujung minggu mesti awak bawa saya keluar. Saya rasa pelik kenapa awak mula baik dengan saya. Saya beranikan diri untuk bertanya pada awak tapi lidah saya kelu. Saya takut jika saya tanya, hubungan kita akan suram seperti dulu. Seingat saya, itu antara saat yang paling membahagiakan ketika bersama awak. Tapi semua itu berubah dalam satu malam. Satu malam, awak pulang ke rumah dalam keadaan marah. Awak hempaskan pintu bilik. Saya mengurut dada kerana terkejut. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak buka pintu dan menjerit ke arah saya. Saya terkejut. Itulah kali pertama saya lihat awak marah. Kemudian awak hempaskan pintu bilik di depan saya. Saya tak nafikan perasaan saya tercalar tapi saya bersabar. Mungkin awak ada masalah. Selesai memasak, saya buka pintu bilik awak tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Awak sedang duduk di atas katil. Awak menundukkan kepala. Saya tahu awak menangis. Saya berdiri di hadapan awak dan pegang bahu awak. Awak peluk saya. Bersaksikan ALLAH, malam tu saya serahkan diri saya yang halal untuk awak. Pukul 3 pagi, sewaktu awak sedang tidur, saya bangun dan menunaikan solat sunat kerana saya bersyukur sekali. Niat saya ingin kembali ke bilik awak tetapi saya rasa malu sekali. Saya tidur di bilik saya walaupun hati saya meronta untuk berada di sisi awak. Saya terbangun bila pintu bilik saya diketuk kuat. Dengan rasa mengantuk, saya lihat jam menunjukkan pukul 9 pagi. Saya beristighfar dan segera membuka pintu. Bila saya buka pintu, awak tolak saya sampai saya terjatuh. Saya terpana. Saya ingatkan awak akan berhenti tapi awak tarik rambut saya dan tampar pipi saya berulang kali."Kau sengaja goda aku malam tadi! Kau sengaja buat macam tu! Kau nak ikat aku, kan? Sama macam mana kau ikat nenek aku supaya aku berkahwin dengan kau!" Demi ALLAH, saat tu saya rasakan saya kehilangan perasaan saya. "Kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Kalau bukan sebab wasiat nenek aku, aku tak akan kahwin dengan kau!" Awak tendang tubuh saya. Air mata saya mengalir laju. Saya tak tau macam mana nak pertahankan diri saya. Saya rasa lemah sangat, awak . Barulah saya tau kenapa awak berkahwin dengan saya tapi. Tapi kenapa awak kejam sangat dengan saya? Awak kata saya goda awak? Saya cuma serahkan sesuatu yang halal untuk awak! "Bodoh! Bodoh!" Awak terus pukul tubuh saya. Sakit sangat, awak!Tapi hati saya lagi sakit. Dalam keadaan marah, awak keluar dari rumah. Saya duduk menangis di birai katil sehingga saya tertidur. Bila saya bangun, awak masih belum pulang. Awak tak pulang malam tu. Tak … sejak hari tu awak tak pernah pulang. Bukan sekali dua saya cari awak. Saya telefon handphone awak tapi awak off. Kalau awak tak off pun, awak tak angkat phone call dari saya. Saya hantar berpuluh-puluh mesej pada awak tapi satu pun tak berbalas. Saya tetap menunggu awak tapi tak pernah sekali pun awak pulang. Saya rayu awak pulang setiap hari tapi hampa.Awak terus hilang. Saya pernah pergi ke rumah awak tapi Ibu awak tanya kenapa dah lama tak datang. Maksudnya awak tak pernah datang ke rumah Ibu. Bila saya telefon office awak, semua orang cakap yang awak dah lama tak datang bekerja. Mana awak pergi? Tiga bulan awak menghilang entah ke mana. Mahu tak mahu saya terpaksa menebalkan muka memberitahu Ibu. Tapi saya tak beritahu sebab awak tinggalkan rumah. Saya terpaksa menipu mengatakan yang saya bersalah. Betul ke saya yang salah, awak? Menyerahkan sesuatu yang halal untuk awak salah ke? Berdosa ke saya? Tiap malam saya berdoa agar awak kembali tapi ALLAH tak makbulkan doa saya. Mungkin benar saya berdoa sebab buat awak marah. Saya tetap setia menunggu kepulangan awak. Hampir empat bulan digantung tak bertali, kesabaran saya mula hilang. Saya tak sanggup menunggu lagi. Yang paling saya sedih, saat tu saya dapat rasakan kewujudan satu nyawa lain dalam tubuh saya. Saya menangis teresak-esak bila disahkan berbadan dua. Saya tau awak mesti bencikan saya. Saya berfikir panjang. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk pergi jauh. Saya hantar mesej pada awak. Saya tak tau awak baca mesej itu atau tak. Dalam mesej tu, saya beritahu awak yang saya akan pergi jauh. Ikatan perkahwinan ini terpulang pada awak untuk tentukan. Jika awak sudah tak sanggup menerima diri saya, saya rela dilepaskan. Saya berjanji pada awak yang saya akan sentiasa menjaga diri saya dengan baik. Saya juga mohon maaf sebab buatkan hidup awak merana selama ni. Tapi saya tak perna tahu apa-apa tentang wasiat nenek awak. Saya tak tau macam mana nenek awak kenal saya. Saya tak tau apa-apa! Saya tak sebutkan tentang anak kita langsung. Saya tak mahu awak membenci anak kita. Jika awak tak mahu menerima dia, biarlah! Saya sendiri akan menjaganya. Dan dia akan tetap tahu bahawa awaklah ayahnya. Dengan air mata yang tak berhenti mengalir, saya berpindah ke Pulau Pinang. Membina hidup baru bukanlah mudah. Dengan wang yang saya simpan sebelum berkahwin dengan awak, saya tanggung hidup saya sendiri. Saya cuba sedaya upaya untuk melupakan awak. Setiap hari bila kandungan saya semakin membesar, saya akan menangis. Bukan kerana saya tak gembira. Bayi ini satu-satunya cahaya cinta saya. Saya menangis sebab saya rindukan awak. Cukup 9 bulan, saya lahirkan anak kita. Awak percaya tak yang saya lahirkan dia sendirian? Tak ada doctor atau jururawat yang menemani saya. Saya bertarung nyawa sendirian semata-mata untuk melahirkan anak kita. Seksa sangat waktu tu. Saya seakan ternampak semua dosa saya selama ni. Lima bulan selepas saya melahirkan anak kita, awak datang. Luruh jantung saya ketika berhadapan dengan awak. Mata awak berair bila berjumpa dengan saya. Awak terus peluk tubuh saya. Saya membiarkan. Air mata saya mengalir. Awak mohon maaf pada saya. Awak bersungguh-sungguh mohon kemaafan pada saya tapi saya membatukan diri. Badan saya tak dapat bergerak, awak! Saya seakan tak ada kawalan terhadap badan saya sendiri. Saya biarkan awak menangis di hadapan saya. Saya menangis tapi lidah saya kelu. Saya tak dapat nak berbicara dengan awak. Hanya ALLAH yang tahu betapa saya rindu untuk melihat wajah awak. "Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya mohon ampun dari Ariana! Maafkan saya! Saya mohon ampun! Maafkan saya, Ariana!" Saya tak tau, awak … Saya tak tau sama ada saya boleh maafkan awak setelah apa yang awak buat pada saya … Saya tau awak tau yang saya Rie … Mama pernah datang beritahu yang awak datang ke rumah dan ternampak tudung putih pemberian awak dulu. Bukan itu saja. Semua gambar awak yang saya simpan selama ini juga dia tahu. Saya tak tau sama ada saya harus bersyukur atau tidak. Hati saya dah mati .Awak menangis di hadapan saya tanpa henti. Berkali-kali awak panggil nama saya tapi saya tetap diamkan diri. Air mata saya menitis tapi saya tak dapat nak kesat air mata tu! Saya rasa saya dah mati, awak! Saya gagahkan diri untuk bangun dan dengan segala kekuatan, saya cium tangan awak, saya minta ampun atas semua dosa saya dan saya minta awak lepaskan saya. Kemudian saya tolak awak keluar dari bilik saya. Saya kunci pintu bilik walaupun awak ketuk pintu bilik saya dengan kuat. Meskipun awak menjeritkan nama saya.Tapi sudahlah, hati saya dah mati untuk awak. Entahlah, Susah untuk saya maafkan awak walaupun saya tau bukan salah awak anak kita tak sempat membuka mata untuk melihat dunia ini … Biarlah semuanya berlalu. Saya hanya mahu abdikan diri saya sepenuhnya pada ALLAH untuk memohon keampunanNya.

Sumber dari:
http://penulisan2u.blogspot.com/2008/06/novel-saya-sayang-awak-2.htm

bEst...... (^-^)


hari nie 16hb mac...mggu nie da start cuti sem...tp amat lah pendek dr biasa..
aku agk bosan yg teramat la.. tp smlm aku g celebrate bday angah..g karoke kat giant kota damansara..amik la 1 bli..happening gler..g ngn ank2 buah aku..
sepanjg dok umah angah n alang nie..aku on9 jew..resume odw nk siap...yela sbuk nk keje..
=)
ntahla..nk keje..tp nk blaja gak..cita2 aku amtlah tngi..nk smbg study kat australia..hahha..amat lawak..tp klau btol angn2 aku tcapai..aku bersyukur sgt..aku nk smbg study dlm human resource la..
waaa...doakan aku ea..
im try my best..

arinie aku da tak tau nk watpew..asgmnt lom ciap...waaarrgghhh...!!
ok2..de mse aku smbg g ea..

=)
majulah sukan untuk negara...A