Perjalanan Hidup www.iluvislam.com Lailatulema Editor: lailatulema
Mungkin ada yang tidak pernah mengenali lagu ini,namun mungkin juga yang sudah jemu dengannya. Namun, saya sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua lagu yang saya kira suatu bahan berguna untuk muhasabah diri yang sering alpa walau sudah boleh digelar lagu 'evergreen'.
Walau di mana pun kita diletakkan, walau apa jua dugaan mendatang, percayalah Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Jika kita berkeluh kesah kini,jangan mengharapkan syurga yang abadi. Pernahkah sahabat terfikir mengapa tidak Allah khabarkan sahaja kisah atau epilog perjalanan hidup ini? Sedangkan itu amat mudah bagiNya. Selain daripada menjadi ujian kepada hamba-hambaNya untuk melihat tahap keimanan diri, ia juga suatu rahmat dari Yang Maha Esa. Ya! suatu rahmat.
Oleh kerana masa depan di luar pengetahuan manusia, manusia mendapat kebebasan mencuba terbaik dalam kehidupan, untuk bermimpi menjangkaui kemampuan. Tidakkah itu suatu kebahagiaan buat seorang hamba, bila mana Tuan nya sentiasa memberikan sokongan dan bantuan selagi mana berada dalam batas peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, hargailah perjalanan kehidupan ini demi meraih cinta yang hakiki.
Tiada yang kekal di dunia,
Semua hanyalah pinjaman cuma,
Berbekallah sebelum dipanggil kembali ke bumi abadi,
Jangan kelak menyesal, tiada gunanya lagi.

Aku yang masih di perjalanan hidup ini Begitu lama berlegar di persimpangan dunia Menempuh jarak dan titian Rimba dan lautan Mencari sesuatu yang abadi Aku yang masih di perhentian hidup ini Begitu jauh mengembara ke serata dunia Mengejar siang dan malam Surut dan pasang Mencari suatu kebebasan Mencari satu kedamaian Di mana berakhirnya Perjalananku ini Esok dan lusa bukan milikku Oh Tuhanku Lindungilah hambamu yang hina ini Aku setia hanya pada Mu
No comments:
Post a Comment